Thursday, July 26, 2012

Bagaimana mencegah dan membasmikan pembiakan nyamuk Aedes? Cara yang paling mudah.

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Cara yang mudah untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

Kita tidak boleh mencegah nyamuk dari bertelur di dalam air yang bertakung di kolam atau air sisa terkumpul dalam baldi, tangki, tin, dan bekas lain-lain.  Jika anda mempunyai ikan di dalam tangki atau bekas maka seharusnya tidak menjadi masalah kerana larva nyamuk akan menjadi sumber makanan kepada ikan.

Adakah anda tahu bahawa ada cara yang sangat sederhana dan menjimatkan untuk mencegah pembiakan telur nyamuk Aedes dan tidak membiarkan menetas menjadi larva. Caranya sangat mudah, hanya memasukkan beberapa  syiling tembaga 1 sen ke dalam tangki atau bekas, dengan ini selesailah semua masalah anda. 

Dari kajian saintis penyelidikan Jepun, mereka mendapati telur nyamuk akan hancur oleh satu bahan yang terkandung di dalam tembaga. Cuba sendiri dengan menggunakan duit syiling tembaga yang diletakkan bersama air bertakung. Anda akan lihat air yang bertakung dalam bekas kontena akan menjadi sangat bersih dan jelas.

Walaupun pengeluaran syiling tembaga 1 sen telah diberhentikan pengeluaran 2 tahun yang lepas. Mungkin anda boleh cari didalam bekas-bekas lama mungkin disimpan oleh ibu atau saudara anda. Akhir sekali, mencegah adalah lebih baik dari merawat. Jika sayang kepada anak-anak anda dan keluarga. Cuba kaedah ini mulai hari ini. 

 Wasallam.

No comments:

Post a Comment